PIAGAM SEKOLAH

PIAGAM SEKOLAH

Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Anak anak Angkatan Tentera berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

Murid :-


  1. Semua murid diberi peluang untuk mendapat pendidikan, memperkembangkan potensi dari segi intelek,rohani,emosi,dan jasmani ke arah mencapai kecemerlangan. 
  2. Semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira(3M) selepas menamatkan pendidikan rendah. 
  3. Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan seperti RMT,SBT,KWAPM ,SPBT dan lain- lain mendapat bantuan mengikut takwim. 
  4. Memastikan semua murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan ko-akademik sekolah 


Guru/staf :-
  1. Setiap guru/staf diberi agihan tugas yang saksama
  2. Kebajikan guru/staf diberi perhatian sewajarnya.
  3. Setiap guru/staf diberi galakan untuk peningkatan profesionalisme.
  4. Ganjaran dan pujian diberi berdasarkan komitmen guru/staf

Waris :-

  1. Setiap waris diberi layanan secara adil dan saksama 
  2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi 
  3. Setiap cadangan atau usul yang baik akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah 

Pejabat Pelajaran/Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran :-

  1. Sentiasa memberi kerjasama dan hubungan baik dengan Pejabat Pelajaran/ Jabatan dan Kementerian Pelajaran. 
  2. Memastikan setiap arahan , pekeliling atau surat pekeliling diambil tindakan segera sehari selepas diterima. 
  3. Memberi laporan secara telus sama ada secara lisan atau bertulis jika berlaku sebarang kes .

No comments:

Post a Comment