SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera telah dibina dan disiapkan dalam tahun 1964 dan dibuka untuk persekolahan dalam tahun 1964, yang diasaskan oleh Lt. Kolonel Osman Rani, Pegawai Memerintah Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu Diraja. Ia terletak dalam kawasan kem tentera yang dikawal dengan kawasan seluas 5 ekar termasuk padang bola.

Pada asasnya sekolah ini dibina untuk menempatkan anak-anak anggota tentera sahaja. Memandangkan bilangan anak-anak askar tidak begitu ramai, maka anak-anak orang awam yang tinggal berdekatan dengan kem ini seperti Kg Tok Jalai, Kg Telok Gelam, Kg Alor Rambai, Kg Pelubang, Kg Tanjung Kapor dan Kg Lubuk Kawah dipelawa untuk bersekolah disini. Sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan sekolah sahaja yang dinamakan sebagai Blok A dengan 5 bilik kelas dan sebuah bilik pejabat. Sekolah ini terletak di Tok Jalai, kira-kira 13km dari Alor Setar dan 6km dari Jitra.

Guru Besar yang pertama ialah En.Sulaiman bin Hassan. Oleh kerana peningkatan bilangan murid-murid bertambah, bangunan baru dibina dan dikenali sebagai Blok B yang dapat digunakan pada tahun 1978. Masa kini anak-anak yang belajar adalah terdiri dari anak-anak anggota dari Batalion ke 6 RAMD, TUDM dan anak-anak orang awam.

Memandangkan pencapaian prestasi darjah 5 pada tahun 1970 telah meningkat kepada 70% pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah meluluskan pembinaan bangunan Pusat Sumber Sekolah salah sebuah dari dua buah sekolah yang terdapat di Kedah. Oleh itu, Guru Besar pada ketika itu, En.Ku Othman bin Ku Hamid beserta dengan guru perpustakaan En.Osman bin Hashim telah diberi kursus dalam pengurusan penggunaan perpustakaan di Rescam, Pulau Pinang.

Seterusnya pada tahun 1984, sebuah bangunan lagi dibuka, dikenali sebagai Blok C untuk menampung bilangan murid-murid yang semakin meningkat jumlahnya. Anak-anak askar sering silih berganti dan pihak sekolah menerima kemasukan anak-anak 7 RAMD dari Kem Lok Kawi, Sabah. Pihak tentera banyak menyumbang bantuan persekolahan kepada pihak sekolah ini dari segi perabot, peralatan mengajar dan juga bantuan air dan elektrik.

Sehingga kini terdapat pertambahan bangunan baru iaitu Blok D,E dan F untuk penempatan murid-murid seramai 352 orang  dan 35 orang guru beserta 5 orang anggota bukan guru.




SENARAI GURU BESAR SK ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA


BIL.
NAMA GURU BESAR
DARI
HINGGA
1
EN.SULAIMAN BIN HASSAN
1964
1970
2
TN. HJ. KU OTHMAN BIN KU HAMID
1970
1982
3
TN. HJ. HASHIM BIN MAUN
1982
1987
4
TN. HJ. AZIZAN BIN ABD. HAMID
1987
1988
5
TN. HJ. MOHD. HUSSIN BIN MUSTAFA
1988
1992
6
TN. HJ. MOHD. ARSHAD BIN IBRAHIM
1992
1993
7
EN. SULAIMAN BIN RAMLI
1994
1996
8
TN. HJ. ABD. RAZAK BIN SAAD
1996
1998
9
EN. AHMAD BIN OSMAN
1998
2006
10
PN. HJH MAHANI BIN MUSTAFA
2006
2010
11
TN. HJ. MOHAMAD RASIDI BIN SAID
2010
2012
12
EN. WAN SALIM BIN WAN MD. AMIN
2012
SEKARANG

No comments:

Post a Comment